Pertubuhan Peladang di Sabah terima peruntukan RM598,000

Huzaini (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada PPK Kalabakan kelmarin.
Huzaini (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada PPK Kalabakan kelmarin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menyalurkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM598,000 bagi melancarkan pergerakan semua pertubuhan peladang di negeri Sabah.

Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, peruntukan sebanyak RM130,000 disalurkan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah manakala 26 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) masing-masing menerima RM18,000.

“Peruntukan yang diterima PPN Sabah itu merupakan agihan wakalah zakat perniagaan Nafas kepada setiap PPN yang berjumlah RM80,000 manakala RM50,000 pula sebagai geran bagi penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan.

Mohd Nazri menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada PPN dan PPK di Sabah kelmarin.
Mohd Nazri menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada PPN dan PPK di Sabah kelmarin.

“Penyaluran sumbangan ini secara tidak langsung membuktikan komitmen Nafas di peringkat induk dalam memastikan pengukuhan institusi Peladang,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada PPN dan PPK di Sabah yang berlangsung di sini kelmarin.

Turut hadir, ahli-ahli Jemaah Pengarah Nafas; Datuk Nazilah Abd Latif, Datuk Abd Rahman Bakri, Mohammad Bahrin Abdul Karim dan Huzaini Ramli.

Menurut Mohd Nazri yang juga Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, sumbangan ke setiap PPK pula melibatkan sumbangan wakalah zakat perniagaan berjumlah RM10,000 dan RM5,000 sebagai bantuan khas bagi meringankan beban ahli-ahli peladang yang terjejas akibat Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Nazilah (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan bernilai RM18,000 kepada wakil dari PPK Kota Marudu kelmarin.
Nazilah (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan bernilai RM18,000 kepada wakil dari PPK Kota Marudu kelmarin.

Sumbangan RM3,000 lagi pula merupakan geran pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan bagi setiap PPK.

“Agihan wakalah dan sumbangan yang disampaikan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua kumpulan sasar terutamanya di negeri Sabah,” katanya.