Kraljevic jurulatih baharu TRW

Kraljevic
Kraljevic
A
A
A

BEKAS penyerang Kelantan musim 1991 hingga 1994, Marko Kraljevic diumumkan sebagai Ketua Jurulatih The Red Warriors (TRW) musim 2019 bagi mengharungi saingan Liga Perdana yang bakal bermula 1 Februari ini.

Difahamkan, Kraljevic menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Nama Kraljevic diumumkan sebagai ketua jurulatih Kelantan yang baharu dalam Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain TRW Musim 2019 di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

Pemain kelahiran Jerman itu bakal memikul tanggungjawab bersama Kamarudin Mohammed di barisan kejurulatihan Kelantan.

Untuk rekod, Kraljevic membentuk gandingan mantap bersama lagenda Kelantan Hashim Mustapa sehingga pemain itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Malaysia pada musim 1993 dan 1994.

Sebelum ini, Kelantan dilatih sementara oleh pengarah teknikal pasukan Jorg Peter Steinebrunner.

Artikel Berkaitan: