Lebih 7 tan sampah dikutip di tapak pembuangan haram

Sebanyak 7,310 tan sampah sarap dikutip di 1,627 lokasi tapak pembuangan sampah haram di bawah kawasan pentadbiran MBI. Gambar hiasan. - Foto Bernama
Sebanyak 7,310 tan sampah sarap dikutip di 1,627 lokasi tapak pembuangan sampah haram di bawah kawasan pentadbiran MBI. Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengeluarkan sebanyak 554 kompaun bernilai RM449,109 bagi kesalahan pembuangan sampah di sekitar bandar raya itu bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, selain itu, pihaknya juga mengutip 7,310 tan sampah sarap di 1,627 lokasi tapak pembuangan sampah haram di bawah kawasan pentadbiran MBI.

"MBI juga turut menganjurkan 28 program gotong-royong membersihkan sampah-sarap di sekitar bandar raya Ipoh sejak 1 Januari hingga 22 Ogos lalu," katanya pada program gotong-royong perdana sempena Bulan Kemerdekaan di Padang Bandar Baru Putra, Bercham di sini semalam.

Sementara itu, ketika berucap pada program berkenaan, Rumaizi mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membantu dan bekerjasama dengan MBI menjaga kebersihan bandar raya Ipoh.

"Penjagaan kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama dan bukanlah tanggungjawab MBI semata-mata," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: