SPRM nafi keluar kenyataan media siasat sogokan pada PRK DUN Slim

SPRM nafi keluar kenyataan media siasat sogokan pada PRK DUN Slim
SPRM nafi keluar kenyataan media siasat sogokan pada PRK DUN Slim
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media mengenai siasatan berhubung pemberian wang sogokan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, kenyataan media itu didakwa berkaitan siasatan video tular pemberian wang sogokan.

"Namun begitu SPRM memohon semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku di PRK DUN Slim menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Terdahulu, keputusan PRK DUN Slim yang diumumkan malam tadi menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi DUN Slim dengan majoriti yang besar apabila calonnya Mohd Zaidi Aziz mengalahkan dua lagi calon Bebas dengan majoriti sebanyak 10,945 undi.

Mohd Zaidi mengalahkan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang menggunakan lambang pokok serta S Santharasekaran yang menggunakan lambang buku.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: