Rukun Negara ditekankan semula dalam sistem pendidikan

Hasni (dua dari kiri) dan Halimah merasmikan Program Penghayatan Rukun Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara Peringkat Negeri Johor 2020 di Bangunan Dato Jaafar Muhamad, hari ini.
Hasni (dua dari kiri) dan Halimah merasmikan Program Penghayatan Rukun Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara Peringkat Negeri Johor 2020 di Bangunan Dato Jaafar Muhamad, hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal melibatkan empat kementerian bertujuan meletakkan kembali penghayatan asas dan prinsip Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara.

Usaha itu membabitkan Kementerian Perpaduan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan perpaduan dinikmati ketika ini terus berkekalan sekali gus diperkukuhkan.

"Kementerian Perpaduan menubuhkan jawatankuasa teknikal tersebut yang dianggotai Ketua Setiausaha daripada empat kementerian tersebut.

"Jawatankuasa ini bertujuan untuk meletakkan kembali perkara berkenaan Rukun Negara dalam semua peringkat sistem pendidikan negara, bermula daripada tadika sehingga peringkat pengajian tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Penghayatan Rukun Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara Peringkat Negeri Johor 2020 di Ruang Legar Bangunan Dato' Jaafar Muhamad, Kota Iskandar, di sini hari ini.

merasmikan Program Penghayatan Rukun Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara Peringkat Negeri Johor 2020 di Bangunan Dato Jaafar Muhamad, hari ini.
merasmikan Program Penghayatan Rukun Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara Peringkat Negeri Johor 2020 di Bangunan Dato Jaafar Muhamad, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan; Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang serta Exco Perdagangan, Perpaduan dan Pengguna Negeri Johor, Dr Chong Fat Full.

Artikel Berkaitan:

Halimah berkata, pihaknya turut berhasrat menubuhkan Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN) di semua sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketika ini ujarnya, terdapat 6,621 KRN di peringkat sekolah dan 172 SRN di peringkat IPT tetapi jumlah berkenaan masih tidak mencukupi.

"Kita mahu memastikan semua sekolah dan IPT di negara ini mempunyai KRN dan SRN. Tujuannya untuk menerapkan pembudayaan dan pengamalan prinsip Rukun Negara dalam diri setiap pelajar," katanya.

Terdahulu Hasni dalam ucapannya berkata, rakyat perlu sedar bahawa proses pembinaan negara bangsa yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia bukan perkara yang mudah.

Katanya, walaupun adakalanya perpaduan dan penyatuan rakyat diuji, namun berkat kebijaksanaan dan permuafakatan yang jitu, perbezaan dan persengketaan yang wujud dapat ditangani dengan baik.

Perpaduan juga katanya, merupakan elemen yang amat penting lebih-lebih lagi ketika negara berdepan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara, dimaklumkan Kementerian Perpaduan Negara sedang memuktamadkan Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021–2025 yang dijadual dilancarkan hujung tahun ini.

"Oleh itu, saya menyeru orang ramai, terutamanya rakyat Johor supaya memberikan pandangan dalam sesi maklum balas berkenaan draf pelan tindakan perpaduan ini yang bertemakan 'Berfikir Perpaduan Bersama Rakyat'," katanya.