X

Kindly register in order to view this article
!

Tumpu kejohanan Asia, ranking dunia

Nafiizwan tekad lebih menyerlah pada 2019. - Foto: IG nafiizwan
A
A

KEJOHANAN Skuasy Individu Asia dan kedudukan ranking 20 teratas dunia menjadi tumpuan utama buat pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Mohd Nafiizwan Adnan pada tahun 2019.

Pemain berusia 32 tahun itu yang muncul juara ketika kali terakhir Malaysia menganjurkan Kejohanan Asia pada 2011 di Pulau Pinang, tidak menolak kemungkinan untuk mengulangi pencapaian itu apabila kejohanan itu kembali dianjurkan di Pusat Skuasy Nasional, di sini bermula 1 hingga 5 Mei ini.

“Saya tidak memikirkan sangat mengenai gelaran juara, tetapi mahu buat yang terbaik,” Mohd Nafiizwan

Mohd Nafiizwan mengharungi musim yang paling cemerlang dalam kariernya apabila meraih pingat gangsa bersejarah Malaysia di Sukan Komanwel Gold Coast (perseorangan lelaki) dan pingat emas acara berpasukan lelaki dan gangsa perseorangan lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang.

Atlet kelahiran Kuala Terengganu itu, turut meraih gelaran Terbuka Manitoba, selain muncul naib juara Terbuka Montreal pada tahun lepas.

“Saya rasa kejayaan tahun lepas tidak memberikan kelebihan untuk 2019... Saya harus bekerja lebih keras dan teruskan peningkatan dalam prestasi. Ia bukan kerana saya mahu mengejar pemain lain, tetapi untuk menjadi contoh yang terbaik kepada pemain pelapis dan muda.

“Saya masih ada tenaga (walaupun sudah berumur 32 tahun) untuk terus menunjukkan prestasi terbaik, tetapi kadang-kadang memerlukan nasib untuk mendapatkan rentak terbaik pada masa yang tepat di kejohanan yang tepat,” katanya.

Beliau akan memulakan musim 2019 dengan saingan Terbuka Pittsburgh di Amerika Syarikat bermula 6 hingga 10 Februari, diikuti oleh Kejohanan Dunia di Chicago bermula 23 Feb hingga 2 Mac dan Piala Kanada di Toronto bermula 3 hingga 7 Mac.

Sementara itu, Mohd Nafiizwan mengakui ketiadaan ketua jurulatih skuasy negara, Peter Genever akan dirasai, tetapi beliau cukup matang untuk menghadapi situasi itu dan boleh menghubungi Genever jika perlu.

Jurulatih berusia 45 tahun itu bakal meninggalkan kem negara pada 28 Feb ini, selepas membuat keputusan untuk meletakkan jawatan setelah tujuh tahun berkhidmat di Malaysia. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf