'Rakyat perlu cekal hadapi rintangan, pertahan kemerdekaan'

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu cekal menempuh sebarang rintangan yang mendatang selain menanam azam untuk mempertahankan kemerdekaan negara ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu video berdurasi tiga minit yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebooknya hari ini, Muhyiddin meluahkan kata-kata semangat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 yang akan dirai esok.

"Ayuh anak bangsaku, kita sambut cabaran baharu dalam kehidupan normal baharu, walaupun apa jua rintangan mendatang kita tempuh dengan dengan kecekalan dan kesungguhan yang tinggi.

"Adalah suatu permulaan dalam sejarah hidup kita dalam meniti satu perjalanan yang sangat panjang, 63 tahun menelusuri kedamaian yang kita kecapi selama ini, demi tanah air, demi anak bangsa, walau berbeza namun kita adalah sama, tanpanya tidak wujud keamanan ini," katanya.

Beliau turut mendoakan kesejahteraan pahlawan-pahlawan yang telah gugur mempertahankan kedaulatan negara selama ini.

"Ya ALLAH, Kau rahmatilah negara ini, Kau muliakan pahlawan-pahlawan yang gugur perjuangkan negara ini, Kau berikan kami kekuatan untuk terus maju sebagai satu bangsa berjaya.

"Saya Muhyiddin Yassin, saya anak Malaysia, Selamat Hari Kebangsaan, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Malaysia prihatin," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: