Dedah laporan pasukan khas siasat kehilangan Raymond, Amri

Raymond Koh, Amri Che Mat
Raymond Koh, Amri Che Mat
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini meminta kerajaan mendedahkan kepada umum laporan pasukan petugas khas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Suhakam berkata, kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas itu pada 2019 untuk meneliti penemuan daripada inkuiri awam yang diadakan suruhanjaya tersebut yang merumuskan berlaku kehilangan paksa.

"Berdasarkan laporan inkuiri awam Suhakam pada 2019 mengenai kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, dirumuskan berlaku kehilangan paksa. Sehubungan itu, Suhakam meminta agar laporan pasukan petugas khas itu didedahkan kepada umum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pulangkan suami saya semula': Isteri Amri

Suhakam juga meneruskan inkuiri awam berhubung kehilangan Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu yang dijangka diselesaikan menjelang penghujung tahun ini.

Sementara itu, Suhakam bersempena Hari Antarabangsa Mangsa Kehilangan Paksa hari ini meminta kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED) dan menggubal serta menguatkuasakan undang-undang bagi menangani kes kehilangan paksa di negara ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: