KDEBWM Sabak Bernam juara pertandingan video pendek merdeka

Cawangan operasi Sabak Bernam memenangi Pertandingan Mencipta Video Pendek Merdeka KDEB Waste Management 2020.
Cawangan operasi Sabak Bernam memenangi Pertandingan Mencipta Video Pendek Merdeka KDEB Waste Management 2020.
A
A
A

SHAH ALAM - Video menyentuh hati dihasilkan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) Cawangan Sabak Bernam berjaya menambat hati juri sekali gus dinobatkan sebagai juara Pertandingan Mencipta Video Pendek Merdeka KDEB Waste Management 2020.

Video berdurasi kira-kira tiga minit itu berkisarkan mengenai tugas pekerja pembersihan yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menerapkan semangat menyambut kemerdekaan.

Selain itu, video yang berjaya memikat hati juri itu juga menyentuh mengenai kepentingan menjaga kebersihan dalam masyarakat di negara ini.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Mohd Tahir berkata, 10 cawangan KDEB termasuk cawangan Shah Alam, Subang Jaya, Ampang Jaya, Klang, Hulu Selangor, Kajang, Selayang, Sabak Bernam, Petaling Jaya dan Sepang menyertai pertandingan tersebut yang diadakan sempena menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

“Pertandingan yang julung kali diadakan oleh KDEB Waste Management itu menerima sambutan menggalakkan.

Warga kerja menyanyikan lagu patriotik ketika majlis penyampaian hadiah Pertandingan Mencipta Video Pendek Merdeka KDEB Waste Management 2020 di Acapella Suite Hotel, kelmarin.
Warga kerja menyanyikan lagu patriotik ketika majlis penyampaian hadiah Pertandingan Mencipta Video Pendek Merdeka KDEB Waste Management 2020 di Acapella Suite Hotel, kelmarin.

“Ia dianjurkan bagi mengetengahkan bakat kreatif dalam kalangan warga kerja khususnya warga kerja operasi Waste Management,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Mencipta Video Pendek Merdeka KDEB Waste Management 2020 di Acapella Suite Hotel kelmarin.

Katanya, dalam pertandingan itu, setiap peserta perlu menghantar video pendek iaitu tidak lebih daripada tiga minit dengan bertemakan kemerdekaan, kebersihan serta KDEB Waste Management.

Artikel Berkaitan:

“Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500 berserta trofi penghargaan dan sijil penyertaan manakala setiap peserta akan menerima sijil dan trofi penyertaan.

“Penganjuran program kali ini diharap dapat menanam semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga kerja,” katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, pertandingan video tersebut mungkin diteruskan dalam usaha menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan saban tahun.