X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

#MomenNegaraku kongsi saat terindah sambutan Hari Kebangsaan

Saifuddin menunjukkan plakad #MomenNegaraku bagi mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

PUTRAJAYA - Menyedari sambutan Hari Kebangsaan tidak diraikan seperti tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) tampil dengan inisiatif #MomenNegaraku.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini akan dimeriahkan dengan perkongsian foto-foto ekspresi kemerdekaan oleh rakyat Malaysia di platform media sosial.

Menurutnya, idea itu tercetus selepas mendapati banyak perkongsian foto rakyat Malaysia menggunakan #MomenNegaraku.

“Kita telah lancarkan inisiatif #MomenNegaraku agar rakyat Malaysia dapat berkongsi saat terindah mereka dengan menggunakan tanda pagar tersebut pada setiap hantaran gambar di media sosial.

“Walaupun tiada perarakan kemerdekaan pada tahun ini tetapi di alam maya dan media sosial kita ada partisipasi rakyat yang ramai,” katanya dalam temu bual di kementeriannya di sini kelmarin.

Saifuddin berkata, pembudayaan normal baharu menyebabkan lebih ramai rakyat bertindak segera dan banyak menggunakan peralatan digital.

Saifuddin mengajak rakyat Malaysia menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan menerusi perkongsian foto-foto ekspresi kemerdekaan di platform media sosial yang disertakan dengan tanda pagar #MomenNegaraku. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Saifuddin mengajak rakyat Malaysia menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan menerusi perkongsian foto-foto ekspresi kemerdekaan di platform media sosial yang disertakan dengan tanda pagar #MomenNegaraku. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Menurutnya, normal baharu juga menuntut rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di media sosial.

“Jadi, seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada digalakkan untuk menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kreativiti sendiri sama ada secara individu atau berkumpulan.

“Sebagai contoh, mereka boleh memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik, memperagakan pakaian kebangsaan atau etnik masing-masing.

“Kongsikan aktiviti-aktiviti tersebut di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, detik-detik indah itu perlu dikongsi bagi membarakan semangat cintakan tanah air.

Sementara itu, ditanya mengenai aktiviti sampingan kemerdekaan yang turut disertai beliau, katanya, banyak program turun padang telah dianjurkan, antaranya mengagihkan bendera di segenap tempat termasuklah kepada penggiat seni.

“Saya turut menyertai program Info On Wheels (IOW), anjuran Jabatan Penerangan Malaysia bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik.

“Marilah kita sama-sama semarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini,” kata beliau.

CAPTION:

Saifuddin menunjukkan plakad #MomenNegaraku bagi mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Saifuddin (tengah) mengajak rakyat Malaysia menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan menerusi perkongsian pelbagai aktiviti ekspresi kemerdekaan di platform media sosial dengan menggunakan tanda pagar #MomenNegaraku.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!