Pemandu lori sudah ditahan

Rakaman kemalangan di jalan Rawang menghala Batu Arang yang tular di laman sosial.
Rakaman kemalangan di jalan Rawang menghala Batu Arang yang tular di laman sosial.
A
A
A

GOMBAK - Dua pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan jalan raya di Jalan Rawang menghala ke Batu Arang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kedua-dua lelaki itu berusia 63 dan 46 tahun.

"Hasil siasatan awal mendapati sebuah lori telah mengalami kerosakan pam minyak menyebabkan enjin terhenti secara tiba-tiba pada jam 2.20 petang.

"Pemandu lori tersebut telah meminta bantuan rakannya yang juga seorang pemandu lori untuk menarik kenderaan rosak itu dengan menggunakan kabel," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, apabila sampai di lokasi kejadian, stereng dan brek lori yang rosak itu pula tidak berfungsi akibat daripada masalah teknikal sehingga ia hilang kawalan dan bergerak ke kiri serta ke kanan.

"Lori yang rosak itu kemudian telah melanggar sebuah kereta yang berada di laluan bertentangan," katanya.

Arifai berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: