Percaturan sulung Tok Mat menjadi

Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Selepas tewas dalam empat siri PRK sebelum ini, BN akhirnya berjaya menagih kembali sokongan rakyat melalui pengundi di Cameron Highlands.

Percaturan sulung pemangku Presiden Umno dan Presiden BN, Datuk Seri Mohamad Hasan nampaknya membuahkan hasil.

Malah majoriti diperolehi jauh lebih banyak berbanding dengan penyandang kerusi ini, Datuk Seri C. Sivaraajh.

Akui gembira dengan keputusan pilihan raya tersebut, Mohamad menyifatkan kerjasama dengan Pas dan strategi digunapakai dalam PRK Cameron Highlands ini menjadi.

"Agenda penyatuan ummah yang kita telah lakukan ini telah membuahkan hasil. Kerjasama dan bantuan daripada Pas terutamanya amat jelas sekali dalam PRK ini.

"Seperti dijangka, pengundi-pengundi yang memberi undi kepada Pas pada pilihan raya lalu telah pun memberi kepercayaan kepada BN. Ini dibuktikan melalui peti-peti undi yang dimenangi Pas kini memihak kepada kita.

"Strategi ini amat baik dan kita akan teruskan untuk kita pastikan supaya agenda penyatuan ummah di negara ini akan dapat diperkasakan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan PRK Cameron Highlands, sebentar tadi.

Beliau juga melihat strategi kempen yang digunakan sedikit berbeza kali ini nyata membuahkan has.

Artikel Berkaitan:

"Kita lihat strategi kita untuk berkempen sangat baik sekali. Kita meletakkan jentera kita bersama-sama pengundi. Ada yang duduk selama 10 hari di kawasan dijaga.

"Ini membuahkan satu hasil yang amat baik. Ini kita akan teruskan dalam PRK Semenyih dan di tempat-tempat lain," katanya.

Beliau tidak lupa mengucapkan rasa terima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada BN.

"Syukur BN dapat pertahan kerusi ini dan yang lebih menggembirakan kita ialah majoriti kemenangan tersebut bertambah daripada 597 kepada 3,828 undi.

"Satu angka yang besar dalam pilihan raya kecil ini. Saya berterima kasih kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepada calon BN untuk terus kita beri khidmat di kawasan ini serta kepada semua jentera juga rakan dalam BN," katanya.

Beliau juga menyifatkan kemenangan itu sebagai pembakar semangat bagi menghadapai PRK Semenyih tidak lama lagi.

Tambahnya, "terima kasih juga kepada undi pos dan undi awal kerana jelas undi awal ini juga memihak banyak majoritinya kepada BN."

Katanya, BN akan memberi perhatian kepada isu-isu yang diangkat sepanjang berkempen dan cuba menyelesaikannya.