Pejuang berlapang dada kalah PRK DUN Slim

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
A
A
A

TANJUNG MALIM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berlapang dada menerima kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam.

Presiden Pejuang, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya berasa puas hati dengan gerak kerja jentera yang berusaha berhadapan dengan pihak lawan yang disifatnya saingan sengit.

“Kami menerima sepenuhnya keputusan tersebut dan mendapat kerjasama baik daripada Pakatan Harapan tetapi kita bukan sebahagiannya.

“Kami juga rasa puas hati bahawa calon kita bergerak sebagai satu jentera hadapi BN walaupun sebagai calon Bebas,” katanya.

Artikel Berkaitan: