KPKT teliti lantik kontraktor pembersihan di enam pulau

KPKT teliti cadangan melantik kontraktor pembersihan pantai di enam pulau sekitar Langkawi bagi mewujudkan sistem pengurusan sampah yang baik. Gambar hiasan. - FOTO SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
KPKT teliti cadangan melantik kontraktor pembersihan pantai di enam pulau sekitar Langkawi bagi mewujudkan sistem pengurusan sampah yang baik. Gambar hiasan. - FOTO SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
A
A
A

LANGKAWI - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti cadangan untuk melantik kontraktor pembersihan pantai di enam pulau sekitar Langkawi bagi mewujudkan sistem pengurusan sampah yang baik.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, langkah tersebut perlu untuk memastikan enam pulau yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong berada dalam keadaan bersih dan seterusnya memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Enam buah pulau tersebut ialah Pulau Beras Basah, Pulau Anak Tikus, Pulau Teluk Dalam, Pulau Teluk Mempelam, Pulau Gua Cerita dan Pulau Pasir Panjang.

"Setakat ini enam pulau tersebut tidak termasuk dalam konsesi pembersihan sebaliknya ada masyarakat yang prihatin tampil secara sukarela, badan bukan kerajaan (NGO) serta program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat swasta melakukan tugasan pembersihan," katanya.

Cadangan melantik kontraktor pembersihan pantai di enam pulau sekitar Langkawi bagi memastikan lokasi yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong berada dalam keadaan bersih. Gambar hiasan. - FOTO SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan demonstrasi pembersihan pantai menggunakan jentera 'beach comber' di Pantai Imigresen di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah Zaidi Tuah.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Noorul Azyyati Ahmad Salmi dan Pengarah Urusan Tihanis Resources Sdn Bhd Datuk Shaharun Azli Abu Bakar.

Artikel Berkaitan:

Tihanis Resources Sdn Bhd menggunakan Dhooghe Beachcleaners Junior XL seberat 1,489 kilogram, sebuah 'beach comber' berteknologi Belgium yang akan ditarik oleh traktor Kubota M6040SU semasa kerja pembersihan dilakukan di sepanjang Pantai Imigresen. - Bernama