Perkasa semula Jawatankuasa Pemilihan Khas Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga

Nurul Izzah dan Nurin Aina menggesa Speaker memperkasa semula Jawatankuasa Pilihan Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga bagi memastikan dasar dan perundangan diteliti dengan secukupnya supaya tiada yang terkecuali dalam mendapat keadilan.
Nurul Izzah dan Nurin Aina menggesa Speaker memperkasa semula Jawatankuasa Pilihan Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga bagi memastikan dasar dan perundangan diteliti dengan secukupnya supaya tiada yang terkecuali dalam mendapat keadilan.
A
A
A

PENGUMUMAN lapan ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas (JPK) dilaksanakan pada hari terakhir persidangan Parlimen lalu - dikenali antara entiti yang melengkapkan fungsi demokrasi berparlimen.

Pun begitu, kami terkilan apabila Jawatankuasa Pilihan Khas yang menyentuh khusus berkaitan Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga, tidak tersenarai. Sedangkan jawatankuasa itu dilihat sebagai salah sebuah jawatankuasa barisan hadapan.

Golongan seperti warga emas, yang lazimnya menjadi isu perbincangan JPK ini adalah golongan yang paling berisiko lebih-lebih lagi dalam zaman penularan Covid-19.

Laporan terbaru yang diterbitkan UNICEF dan UNFPA, 'Families on the Edge', satu kajian yang melibatkan 500 keluarga termasuk 20 peratus daripadanya ketua isi rumah wanita yang menetap di PPR, Kuala Lumpur bagi meninjau kesan Covid-19.

Laporan membuktikan bahawa wanita dan kanak-kanak ialah golongan yang paling terjejas sepanjang pandemik.

Puratanya pada Jun 2020, pendapatan wanita yang mengetuai isi rumah jatuh kepada RM675 dan 50 peratus berpendapat bahawa keadaan kewangan mereka akan bertambah buruk, manakala 42 peratus kanak-kanak dalam isi keluarga tidak mempunyai peralatan e-pembelajaran.

Maka timbul persoalan mengenai kecekapan bantuan daripada kerajaan apabila 40 peratus daripada responden membabitkan 45 peratus wanita sebagai ketua keluarga tidak menganggap Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebagai bantuan yang tepat dalam memenuhi keperluan mereka.

Menyorot kembali pemerintahan sebelum ini yang mewujudkan Jawatankuasa Pemilihan Khas bagi Kesamarataan Gender dan Pembangunan Keluarga - ketika itu dipengerusikan Ahli Parlimen Merbok.

Artikel Berkaitan:

Jawatankuasa tersebut acapkali mengulas dan mengetengahkan keperluan wanita dan kanak-kanak boleh meneruskan perbincangan menyeluruh mengenai laporan Unicef dan UNFPA.

Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga sebelum ini melibatkan wakil daripada Keadilan, DAP, UMNO, dan Pas.

Tugas utama serta iltizam mandat yang diberikan dan input para pemegang taruh melahirkan versi terkini Rang Undang-Undang Gangguan Seksual dan Kesaksamaan Gender.

Bagaimanapun, segala usaha murni jawatankuasa tersebut terbantut dengan perubahan pemerintahan pada Mac 2020 lalu. Seperti disebut awalnya, jawatankuasa ini tidak tersenarai dalam pengumuman terkini.

Walaupun kita sedia maklum bahawa pemerintah bertindak menyarankan penubuhan sebarang Jawatankuasa Pilihan Khas; yang pasti adalah akhirnya, Speaker yang memuktamadkan pewujudannya di dalam Dewan Rakyat.

Oleh itu, kami menggesa Tuan Yang di-Pertua agar memperkasa semula Jawatankuasa Pilihan Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga bagi memastikan dasar dan perundangan diteliti dengan secukupnya agar tiada yang terkecuali dalam mendapat keadilan.

* Nurul Izzah Anwar ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, manakala Nurin Aina ialah Ahli Parlimen Merbok