Warga emas maut, isteri cedera parah

Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang warga emas maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 16 Jalan Kota Tinggi - Kulai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari, mangsa, Apu Kadam, 71, yang memandu kereta Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya Jamilah Ahmad, 73, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta mangsa yang menghala ke arah Kulai dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit dan terbabas lalu masuk ke jalan bertentangan dan bertembung sebuah kereta Proton Persona.

"Pemandu kereta Proton Persona, Barka Aluwi, 72, serta isterinya cedera ringan dan di bawa ke Hospital Kulai untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Kota Tinggi - Kulai, Kota Tinggi hari ini.
Dua kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Kota Tinggi - Kulai, Kota Tinggi hari ini.

Sementara itu, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian.

Komander operasinya, Penolong Bomba Kanan II Mohamad Othman berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu Proton Saga yang tersepit itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. Mangsa dalam Proton Persona dikeluarkan oleh orang awam," katanya.