Polis kesan lelaki berbogel tunggang motosikal

Gambar yang dirakam orang ramai ketika kejadian tersebut.
Gambar yang dirakam orang ramai ketika kejadian tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang didakwa menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Jalan Ayer Hitam-Kluang, dekat Kluang, selepas gambarnya berkelakuan demikian tular di laman sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner, Mohd Abduh Ismail berkata polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

"Polis kini sedang giat mengesan lelaki itu sekali gus menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Jika didapati normal, lelaki itu boleh dikenakan tindakan kerana berkelakukan tidak senonoh dan mengganggu ketenteraman awam," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, gelagat lelaki tersebut yang menunggang motosikal tanpa seurat benang mengundang perhatian pengguna jalan raya di kawasan terbabit sehingga menyebabkan ada antara mereka mengambil gambar.

Gambar tersebut kemudian dimuat naik di laman sosial sehingga tular.- Bernama

Artikel Berkaitan: