Pemilik syarikat direman 3 hari kes beri SSM rasuah

SPRM berkata, kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitan pendedahan itu.
SPRM berkata, kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitan pendedahan itu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pemilik syarikat direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menukar pemilikan saham syarikatnya kepada syarikat milik rakannya menggunakan dokumen palsu.

Perintah tahanan reman sehingga 31 Ogos itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 66 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada jam 3 petang kelmarin ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pemindahan saham tersebut tidak didaftarkan SSM dan turut melibatkan setiausaha syarikat berkenaan.

Kelmarin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya mengesahkan penahanan lelaki tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana menawar atau memberikan suapan. - Bernama

Artikel Berkaitan: