Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan batal taksiran LHDN

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Persekutuan pada 26 Ogos lalu menolak permohonan semakan kehakiman yang dibuat Bintulu Lumber Development Sdn Bhd untuk membatalkan taksiran oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak.

Azahar turut mendapati bahawa Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (DGIR) bertindak secara sah menurut tafsiran Jadual 7A Akta Cukai Pendapatan 1967 oleh mahkamah.

Katanya, Mahkamah Persekutuan tidak dapat diyakinkan bahawa persoalan undang-undang yang dibangkitkan merupakan perkara melibatkan kepentingan awam serta mewujudkan keadaan luar biasa yang membolehkan permohonan Semakan Kehakiman dibenarkan.

"Ini jelas dibuktikan melalui prinsip yang diputuskan kes-kes terdahulu berkaitan rayuan yang diperuntukkan undang-undang statutori/remedi domestik masih undang-undang yang baik dan terpakai," katanya.

Terdahulu, Peguam utama LHDNM, Dr Hazlina Hussain berhujah bahawa tidak ada kewujudan elemen tidak sah, tidak ada kesalahan undang-undang dan tidak ada keadaan luar biasa yang membolehkan kebenaran untuk Semakan Kehakiman diberikan secara sah di sisi undang-undang.

Dalam pada itu, perayu diwakili Datuk Palpanaban Devarajoo, George Loo Kuin Fah, Jonathan Tay Zhi Lun, S Saravana Kumar Dan Rosli Dahlan.

Artikel Berkaitan: