Semangat Liverpool tak padam

Klopp melakar sejarah gemilang apabila menamatkan penantian Liverpool menjuarai EPL musim 2019/2020.
Klopp melakar sejarah gemilang apabila menamatkan penantian Liverpool menjuarai EPL musim 2019/2020.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menganggap motivasi Liverpool tidak pernah padam dalam misi memburu trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua berturut-turut bagi musim 2020/2021.

Terdahulu, Klopp melakar magis tersendiri apabila berjaya membawa trofi keagungan itu ke Anfield musim lalu apabila The Reds unggul mengumpul 99 mata, sekali gus menamatkan penantian selama 30 tahun.

Namun, ketika kejayaan itu ternyata menggembira peminat dan penyokong Liverpool, Rodgers tidak mahu hanya bersandarkan kepadanya semata-mata ketika mempersiapkan Liverpool bagi menghadapi cabaran baharu musim ini.

"Motivasi tidak akan menjadi masalah buat kami. Saya percaya para pemain tahu tanggungjawab mereka setiap kali berada di tengah padang. Mereka sentiasa memberikan komitmen tinggi setiap kali turun beraksi.

"Adakah kami akan tewas? Memang saya tidak menyukainya (kekalahan) tetapi mungkin ya. Ini semua tentang bagaimana kami menghadapi situasi yang berbeza. Mungkin kami akan memenangi perlawanan dan mungkin juga kami akan tewas

"Tiada perubahan ketara tentang semua ini. Ia tentang bagaimana perasaan anda ketika tewas dan menang. Saya tahu pasukan ini tidak akan berhenti mencuba dan hanya itu yang saya perlukan," katanya.

Klopp memberitahu, dia sentiasa mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terlalu dibuai dengan kejayaan lalu sehingga memberi kesan negatif kepada prestasi mereka.

"Kami akan menghadapi satu lagi musim yang penuh cabaran. Tetapi saya akan memberikan segala-galanya dan saya juga berharap para pemain dapat melakukan perkara yang sama.

Artikel Berkaitan:

"Jika kami kekal fokus, ia akan membawa kami ke kedudukan terbaik untuk menjulang trofi kejuaraan. Itu yang kami pelajari sebelum ini dan diharapkan situasi yang sama akan berulang musim ini," ujarnya.