Cubaan seludup minuman keras gagal

Antara minuman keras yang ditemui pada bahagian belakang lori terbabit.
Antara minuman keras yang ditemui pada bahagian belakang lori terbabit.
A
A
A

KLANG - Cubaan dua individu menyeludup minuman keras gagal apabila tindakan mencurigakan mereka berjaya dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih melalui pemeriksaan mengejut di Lorong Sungai Bertih, Khamis lalu.

Pasukan berkenaan merampas sebanyak 360 kotak minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai sekitar RM955,036 di bahagian belakang sebuah lori yang dinaiki oleh dua individu itu.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Semenyih, Zulafendy Hassan berkata, siasatan awal mendapati lori tersebut diisytiharkan membawa muatan minyak pelincir bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Bagaimanapun mereka menyeludup minuman keras yang diletakkan di bahagian belakang lori," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, lori dan telefon bimbit pelbagai jenama turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Tambah Zulafendy, kejayaan penahanan tersebut dipercayai dapat melumpuhkan salah satu sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai sekitar Klang, Selayang dan Kuala Lumpur.

"Saya menyeru masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: