BWF laksana ujian Covid-19

Pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 akan berlangsung pada 3 hingga 11 Oktober di Aarhus, Denmark.
Pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 akan berlangsung pada 3 hingga 11 Oktober di Aarhus, Denmark.
A
A
A

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) akan melaksanakan ujian koronavirus (Covid-19) dalam semua kejohanan utama serta siri kejohanan Jelajah Dunia untuk mengurangkan penularan pandemik itu.

Menurut badan induk badminton dunia dalam satu kenyataan semalam, pelaksanaan ujian itu akan melibatkan kakitangan yang berdaftar diuji terlebih dahulu sebelum setiap kejohanan mengikut garis panduan Protokol Keselamatan dan Prosedur Operasi yang ditetapkan BWF.

"Sekurang-kurangnya satu ujian wajib akan dibuat bagi setiap pemain pada setiap acara," menurut kenyataan itu.

BWF juga memaklumkan bahawa pegawai kejohanan akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Hijau, Jingga dan Merah.

Kategori Hijau merangkumi semua pemegang taruh yang kontak rapat dengan pemain dan rombongan pemain, sementara kategori Jingga pula melibatkan semua pemegang taruh yang biasanya dianggap sebagai kontak rapat dengan pemain dan rombongan pemain secara tidak tetap sepanjang kejohanan.

Kategori Merah melibatkan kakitangan yang biasanya tidak bersentuhan dengan pemain dan rombongan mereka.

Semalam, BWF melancarkan kalendar kejohanan Jelajah Dunia yang telah diselaraskan untuk musim ini akibat pandemik itu.

Berdasarkan kalendar kejohanan itu, pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 akan berlangsung seperti dijadualkan pada 3 hingga 11 Oktober di Aarhus, Denmark.

Artikel Berkaitan:

Sebaik sahaja kejohanan berprestij itu tamat, kejohanan Jelajah Dunia akan disambung semula dengan Terbuka Denmark I dan II di Odense, masing-masing pada 13-18 Oktober dan 20-25 Oktober.

Seterusnya, Jelajah Dunia akan diteruskan dengan tiga kejohanan di rantau Asia pada November sebelum musim pertandingan tamat dengan Final Jelajah Dunia. Bagaimanapun, BWF masih belum menetapkan tarikh dan lokasi acara itu. - Bernama