Maut tergelincir di air terjun

Anggota JBPM membuat persiapan bagi menurunkan mayat mangsa berkenaan.
Anggota JBPM membuat persiapan bagi menurunkan mayat mangsa berkenaan.
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Anggota bomba sedang berusaha menurunkan mayat seorang lelaki yang maut selepas dipercayai tergelincir ketika sedang melakukan aktiviti di kawasan Air Terjun Lata Medang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi dengan mendaki kira-kira dua jam untuk tiba di lokasi.

"Sebaik tiba, anggota bomba mendapati lelaki terbabit meninggal dunia akibat cedera parah selepas dipercayai tergelincir ke atas batu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, bomba meminta bantuan helikopter Medivac untuk menurunkan mayat mangsa di Padang Millineum, Kuala Kubu Bharu.

"Semua anggota di lapangan sedang membuat persediaan untuk proses menurunkan mayat mangsa berkenaan petang ini," katanya.

Artikel Berkaitan: