Malaysia tidak akan tunduk tuntutan terhadap Sabah: Muhyiddin

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengaminkan doa sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dua Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KOTA KINABALU - Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana-mana tuntutan terhadap negeri Sabah, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Malaysia tegas menyatakan tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan akan mempertahankan Sabah sehingga ke akhir.

"Baru-baru ini ada kenyataan daripada pihak Filipina nak buat peta baharu yang antaranya telah dimasuk dalam pasport... saya tak nak cakap panjang, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan ini. Sabah kekal dalam Malaysia... Sabah sebahagian daripada Malaysia.

"Jangan ada usaha untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia dan jangan ada usaha orang lain daripada Malaysia, menuntut Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Filipina kali ini melampau

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

Kelmarin, Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaafar dilaporkan sebagai berkata, cadangan memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu ke dalam peta pasport Filipina bukan langkah terbaharu atau pendirian rasmi kerajaan negara itu.

Perkara itu merupakan cadangan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan Filipina untuk mewujudkan rang undang-undang gantian bagi meminda, mengganti atau memansuhkan Akta Pasport Filipina 1996. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dua Kota Kinabalu bagi lawatan kerja bermula hari ini. - Foto Bernama