Pemeriksaan suhu wajar diteruskan: Adham Baba

Adham (tengah) dan Mas Imran (tiga kiri) menyerahkan sumbangan dalam Majlis Penyerahan Pelitup Muka Kepada Pertubuhan Gabungan Tahfiz Negeri Johor dan Pelancaran Harga Istimewa Pelitup Muka di Pasaraya Econsave Daiman Jaya, Kota Tinggi hari ini.
Adham (tengah) dan Mas Imran (tiga kiri) menyerahkan sumbangan dalam Majlis Penyerahan Pelitup Muka Kepada Pertubuhan Gabungan Tahfiz Negeri Johor dan Pelancaran Harga Istimewa Pelitup Muka di Pasaraya Econsave Daiman Jaya, Kota Tinggi hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Kementerian Kesihatan memutuskan pendekatan merekodkan suhu badan pelanggan di mana-mana premis masih wajar dan perlu diteruskan pada ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kaedah tersebut merupakan langkah awal mengesan pelanggan yang bergejala untuk disaring malah menjadi pelaksanaan wajib di luar negara.

Mengambil contoh penularan dan kewujudan kluster baharu ketika ini, beliau berkata, puncanya daripada kegagalan tiada suhu badan dan aplikasi MySejahtera di sebuah premis sehingga menyukarkan Kementerian Kesihatan mengesan kontak.

"Fever scan ini dua cara, kalau ada tempat detect merah akan diasingkan dan diberi nasihat untuk saringan serta rawatan. Sekiranya di kedai dan pasar raya, ada kewajaran pendekatan rekod suhu badan masih lagi diperlukan. Selain gejala batuk dan selesema, demam juga merupakan cara mengesan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

"Jika suhu 37.5 ke atas, mereka diasingkan supaya dapat disaring dan mungkin perlu menjalani ujian Real Time Reverse Transciption-Polymerase Chain Reaction," katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Pelitup Muka Kepada Pertubuhan Gabungan Tahfiz Negeri Johor dan Pelancaran Harga Istimewa Pelitup Muka di Pasaraya Econsave Daiman Jaya, di sini hari ini.

Yang turut dihadiri Pengurus Operasi Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan suhu badan pelanggan yang berkunjung ke premis perniagaan tidak wajib dicatatkan.

Artikel Berkaitan:

Namun Adham berkata, pihaknya menggalakkan pemeriksaan suhu dilakukan seperti biasa dalam norma baharu.

Jelas beliau, sekiranya mempunyai aplikasi MySejahtera, memadai untuk pihak Kementerian Kesihatan mengesan kontak rapat sekiranya berlaku kes Covid-19 di kawasan mereka.

Ahli Parlimen Tenggara itu berkata, tidak mahu berlakunya kes seperti kluster Sivaganga di Kedah baru-baru ini apabila tiada suhu badan diambil dan tiada aplikasi tersebut, keadaan itu menyukarkan petugas kesihatan mengesan kontak rapat kes berkenaan.