'Black Panther' meninggal dunia

Twitter rasminya, @Chadwick Boseman berkongsi berita sedih pemergian mendiang
Twitter rasminya, @Chadwick Boseman berkongsi berita sedih pemergian mendiang
A
A
A

PELAKON terkenal Chadwick Boseman, 43, meninggal dunia akibat kanser usus di Los Angeles semalam.

Berita menyedihkan itu disahkan wakil kepada pelakon 'Black Panther' itu, Nicki Fioravante menerusi Twitter rasminya, @Chadwick Boseman.

Pemergian bintang hebat itu nyata ditangisi peminatnya hingga nama mendiang trending di Twitter ketika ini.

Boseman, 43, disahkan kanser usus sejak empat tahun lalu.

Chadwick Boseman yang terkenal dengan watak Black Panther meninggal dunia akibat kanser usus.
Chadwick Boseman yang terkenal dengan watak Black Panther meninggal dunia akibat kanser usus.

Menerusi kenyataan rasmi di Twitter miliknya, ahli keluarga Boseman melaporkan mendiang berada bersama isteri dan ahli keluarganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Boseman telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat.

"Sebagai seorang pejuang sejati, Boseman menghadapinya dengan tabah dan membawa kepada anda filem-filem yang anda gemari.

Artikel Berkaitan:

"Dari Marshall ke Da 5 Blood, August Wilson's Ma Rainey's Black Bottom dan banyak lagi, semuanya dirakam ketika beliau bertarung dengan siri-siri pembedahan dan kemoterapi," menurut kenyataan itu lagi.

Nama Chadwick Boseman trending di Twitter
Nama Chadwick Boseman trending di Twitter

Boseman pernah membintangi filem Captain America's Civil War, 21 Bridges dan mencapai kegemilangan melalui watak Black Panther.

Keluarga Boseman berkata, ia merupakan satu penghargaan dalam kariernya untuk membawa watak Raja T'Challa dalam filem Black Panther.

Sehingga kini, perkongsian berita pemergian mendiang diratapi peminat hingga meraih lebih 1.5 juta ulang kongsi dan lebih dua juta tanda suka dalam tempoh satu jam.