Rumah urut, pusat hiburan kena serbu

Antara wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Wisma Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur semalam.
Antara wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Wisma Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat urut yang dipercayai menawarkan kegiatan persundalan dan pusat hiburan yang menyediakan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) digempur polis dalam serbuan Ops Noda semalam.

Operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman di premis yang terletak di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor dan Wisma Manjalara, Kepong.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, serbuan pertama kira-kira jam 5.20 petang di rumah urut berjaya menahan sembilan wanita warga asing berusia lingkungan 18 hingga 29 tahun disyaki pelacur serta seorang lelaki penjaga premis.

"Pemeriksaan mendapati enam daripada sembilan wanita yang ditahan adalah warga Indonesia dan tiga lagi warga Vietnam.

"Turut dikenakan tindakan adalah dua lelaki dipercayai pelanggan premis terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Wisma Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur semalam.
Antara wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Wisma Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Mohd Zani berkata, serbuan kedua di sebuah pusat hiburan telah bertindak menahan 13 wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 36 tahun disyaki adalah GRO.

Menurutnya, serbuan turut menahan dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga kaunter dan pengurus premis.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 60 pelanggan pusat hiburan berkenaan pula telah dikenakan kompaun di bawah Peraturan 3 Peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-langkah di jalan kawasan tempatan jangkitan)(No. 7)(2020)," katanya.

Katanya, beberapa kesalahan telah direkodkan dalam kedua-dua serbuan terbabit antaranya Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.