Jadi pengundi pertama tiap kali pilihan raya

Othman gembira menjadi individu pertama mengundi pada PRK DUN Slim hari ini.
Othman gembira menjadi individu pertama mengundi pada PRK DUN Slim hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - "Setiap kali pilihan raya, saya akan pastikan jadi orang pertama mengundi, pagar belum buka tapi dah beratur," kata Othman Saad, 71, dari Felda Besout 4 di sini.

Semangat warga emas itu terpamer apabila dalam keadaan kaki yang sakit, dia tetap hadir awal dan menjadi pengundi pertama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, hari ini.

Menurutnya, seperti amalannya setiap kali pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, usai solat Subuh, dia akan bersiap dan terus menuju ke pusat mengundi.

"Hari ini saya datang tumpang motosikal kawan, jam 7 dah ada sini dah, sebab dah terbiasa, jadi undi kali ini pun pak cik datang awal dan nak jadi pengundi pertama," katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Besout 5 di sini hari ini.

Othman sanggup datang seawal jam 7 pagi untuk menjadi individu pertama mengundi.
Othman sanggup datang seawal jam 7 pagi untuk menjadi individu pertama mengundi.

Di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim pula, seorang warga emas teruja dan gembira kerana diberi kesempatan mengundi pada pilihan raya kecil.

Manan Salleh, 82, dari Kampung Jaya Kuala Slim berkata, walaupun dalam keadaan uzur dan perlu menggunakan kerusi roda, dia tetap bersemangat keluar mengundi.

"Sepanjang hidup saya, belum pernah lagi tak keluar mengundi, ini kan tanggungjawab kita, jadi kenalah tunaikan.

Artikel Berkaitan:

"Cuma kali ini istimewa sikit sebab kita mengundi untuk pilihan raya kecil," katanya.

Manan Salleh teruja dapat menunaikan tangungjawab sebagai pemilih oada PRK DUN Slim hari ini.
Manan Salleh teruja dapat menunaikan tangungjawab sebagai pemilih oada PRK DUN Slim hari ini.

PRK DUN Slim ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, 43, dan dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang menggunakan lambang pokok dan S Santharasekaran, 44, lambang buku.

Proses pengundian melibatkan 22,794 pemilih layak mengundi dibuka pada jam 8 pagi tadi membabitkan 12 pusat dan 54 saluran.

Ia dilaksanakan menerusi kebiasaan baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengurangkan impak penularan koronavirus (Covid-19).