Bawa arak seludup dalam muatan lampin pakai buang

PGA merampas 373 kotak minuman keras seludup pelbagai jenama susulan penahanan sebuah lori di Klang, Selangor, kelmarin.
PGA merampas 373 kotak minuman keras seludup pelbagai jenama susulan penahanan sebuah lori di Klang, Selangor, kelmarin.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki tempatan ditahan selepas pemeriksaan menemui minuman keras seludup pelbagai jenama bernilai lebih RM400,000 dalam serbuan di Kilometer 19.2 Klang-Shah Alam, di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Zulafendy Hassan berkata, operasi sepasukan anggota Batalion 4 PGA Semenyih itu bertindak menahan lori terbabit yang dilihat mencurigakan dengan membawa muatan lampin pakai buang kira-kira jam 8 malam.

"Siasatan mendapati lori terbabit mengisytiharkan membawa muatan lampin pakai buang. Pemeriksaan kemudian membongkar penemuan 373 kotak minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup yang dianggarkan bernilai RM407,802.26.

"Kita merampas lori terbabit dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Klang untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

Tambahnya, pihaknya percaya kejayaan rampasan itu dapat melumpuhkan satu sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai di sekitar Klang dan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: