Adam buru kejayaan di Jerez

Adam yakin untuk bersaing dengan pelumba laindi kelompok hadapan pada perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Moto2 Eropah CEV di Litar Jerez hari ini.
Adam yakin untuk bersaing dengan pelumba laindi kelompok hadapan pada perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Moto2 Eropah CEV di Litar Jerez hari ini.
A
A
A

BIARPUN terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan bebas kelmarin, pelumba Moto2 negara Muhamad Adam Mohd Norrodin (Adam Norrodin) 21, yakin untuk bersaing dengan pelumba-pelumba lain di kelompok hadapan pada perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Moto2 Eropah CEV di Litar Jerez hari ini.

Adam berkata, dia menyuarakan keyakinan berkenaan apabila berjaya mencatatkan 1 minit 43.974 saat bagi satu pusingan pada sesi kelayakan semalam, di litar berkenaan.

Justeru menurutnya, kesempatan itu akan dimanfaatkannya dalam usaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan pasukan pada perlumbaan kali ini.

"Syukur Alhamdulillah, sebab hari ini fizikal saya berada dalam keadaan baik walau pun selepas kemalangan semalam (kelmarin), paling penting saya tidak hilang rentak pada sesi kelayakan hari ini (semalam), sesuatu yang memang saya bimbangkan.

"Walaupun pada sesi kelayakan 1 pagi tadi (semalam), saya terlalu memberikan fokus kepada tunggangan supaya tidak hilang rentak kelajuan ketika menunggang pada awal kelayakan 1, agak susah sikit kerana masih ada sakit-sakit tetapi ia tidak terlalu menjejaskan tunggangan saya.

"Bagaimanapun pada penghujung kelayakan 1 semalam (kelmarin), saya dapat memperbaiki catatan 'sepusingan' berbanding semalam (kelmarin). Itu sesuatu yang positif tetapi masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki," katanya.

Untuk dua pusingan awal di Portugal, Muhamad Adam yang juga dikenali dengan julukan 'Torete' kini berada di tangga kesembilan keseluruhan dengan 26 mata, 74 mata di belakang pendahulu carta Moto2 dari Itali, Yari Montella dan hanya ketinggalan 11 mata di belakang penghuni tangga kelima dari Jepun, Taiga Hada.

Terdahulu rakan sepasukan Muhamad Adam, Muhammad Sharul Ezwan Sharil, 16 berharap dapat melakukan yang terbaik pada perlumbaan kali ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dengan catatan 1 minit 51.4 saat bagi 'sepusingan' yang dicatatkannya semalam telah mengatasi catatan 1 minit 52 saat yang dicatatkannya pada sesi kelayakan 1 kelmarin, memberikannya keyakinan yang terbaik pada perlumbaan kali ini.

"Saya akan memulakan perlumbaan hari ini pada petak ke-32, namun saya akan tetap memberikan yang terbaik kali ini," katanya.

Sementara itu, Syarifuddin Azman (Damok), 21, dia mahu menjadikan perlumbaan hari ini sebagai medan buat dirinya mengumpulkan sebanyak mata.

"Saya akan memulakan perlumbaan pada petak ke-23, hari ini. "Namun seperti yang telah saya maklumkan saya akan berikan yang terbaik," katanya.