'Saya tak salah, buat apa nak minta maaf?'

Harry Maguire
Harry Maguire
A
A
A

PEMAIN pertahanan Manchester United, Harry Maguire enggan meminta maaf dan tetap menegaskan dia tidak bersalah dalam insiden pergaduhan yang berlalu di sebuah kelab malam di Mykonos, Greece minggu lalu.

Menurutnya, tindakan agresifnya itu hanya untuk mempertahankan diri dan keluarga daripada bahaya dan dalam masa sama turut menafikan dia cuba merasuah pihak berkuasa.

"Saya tidak berhutang sebarang permohonan maaf dengan sesiapa. Permohonan maaf itu apabila anda melakukan sesuatu kesalahan. Saya penyesal meletakkan peminat dan kelab dalam situasi ini.

"Saya juga tidak menawarkan rasuah kepada polis. Saya pasti dengan perkara tersebut. Apabila saya dengar tuduhan yang diberikan kepada saya, ia sangat tidak masuk akal.

"Namun, saya mempunyai kepercayaan terhadap sistem perundangan Greece. Perbicaraan ini akan memberikan masa untuk kami bersedia, mengemukakan bukkti dan segala kebenaran akan terbongkar," katanya.

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 21 bulan selepas didapati bersalah menyerang pegawai polis, melawan ketika hendak ditahan dan cuba merasuah pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Maguire menafikan semua tuduhan tersebut dan barisan peguam pemain itu berjaya menangguhkan hukuman dan diberikan peluang perbicaraan di peringkat yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, pemain pertahanan termahal dunia itu juga mengakui bakal berdepan risiko kehilangan lilitan kapten dalam pasukan The Red Devils selepas insiden tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Menjadi satu penghormatan untuk saya bermain bersama United. Saya tahu risiko bakal kehilangan lilitan lapten itu. Saya tidak kecewa dan ia bukan keputusan saya yang akan menentukannnya," katanya.