Dua remaja lelaki mati lemas di Sungai Cenderamata Likas

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika mandi di Sungai Cenderamata 2 Likas di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, kedua-dua mereka dikenali sebagai Mohd Asraf Bin Abdullah, 11 dan Datu Aliudin Bin Datu Asana, 10.

Mayat Datu Aliudin ditemukan pada jam 3.39 petang diikuti mayat Mohd Asraf pada jam 5.40 petang selepas Balai Bomba dan Penyelamat Lintas menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, anggota bomba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digerakkan untuk operasi mencari dan menyelamat dan berjaya menjumpai mangsa pertama kira-kira 10 meter dari mangsa mula hilang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans.

Mangsa kedua berjaya ditemukan oleh anggota Polis Marin kira-kira 15 meter dari mangsa mula hilang.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 4.57 petang. - Bernama

Artikel Berkaitan: