Kebolehoperasian antara pihak mesra tentera penting

Ismail Sabri (kanan) menyampaikan Anugerah Panglima Angkatan Tentera kepada Leftenan Kolenal Mohd Rafi Muhammad (kiri) dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada Majlis Graduasi Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 40/2020 di Auditorium Utama, Puspahanas hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri (kanan) menyampaikan Anugerah Panglima Angkatan Tentera kepada Leftenan Kolenal Mohd Rafi Muhammad (kiri) dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada Majlis Graduasi Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 40/2020 di Auditorium Utama, Puspahanas hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kebolehoperasian antara pihak yang mesra angkatan tentera kini amat penting terutamanya dalam bidang Operasi Ketenteraan Selain Peperangan (MOOTW) dengan mengambil kira cabaran baharu dan ketidaktentuan dalam aspek keselamatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Angkatan Tentera Malaysia sedar akan landskap keselamatan global yang kompleks dan tidak menentu.

"Banyak ancaman bukan tradisional masih menyelubungi dan mengancam keselamatan Malaysia seperti keganasan, pendatang haram, pelanunan maritim, aktiviti haram rentas sempadan, dan pandemik Covid-19 ketika ini telah menjadi kebimbangan utama," katanya.

Beliau bekata demikian pada Majlis Graduasi Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 40/2020 di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, Malaysia turut mengambil perhatian bahawa keganasan antarabangsa merupakan ancaman yang nyata dan apa yang membimbangkan dunia bahawa cabaran baharu pada abad ke-21 daripada kalangan individu yang kecewa dan organisasi tentera haram.

"Selain itu, bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana merupakan satu lagi usaha penting yang dipertanggungjawabkan kepada angkatan tentera," katanya.

Menurutnya, sehingga kini, Angkatan Tentera Malaysia mengambil pendekatan holistik dalam menangani perkara berkaitan keselamatan dalam negara dan memberi penekanan terhadap diplomasi dalam melindunginya daripada konflik yang berpotensi.

Ini termasuk terlibat dalam rangkaian hubungan dua hala dan menyertai kerangka kerja serantau dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang telah terbukti menjadi ramuan abad ke-21 ke arah meningkatkan hubungan keselamatan antarabangsa, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: