CBP bantu golongan B40 miliki rumah

Pemenang Kempen Money for Money (#M4M), Clarence Tami, 46, (tengah) dari Kota Kinabalu, Sabah menerima kunci rumah yang dimenanginya hari ini.
Pemenang Kempen Money for Money (#M4M), Clarence Tami, 46, (tengah) dari Kota Kinabalu, Sabah menerima kunci rumah yang dimenanginya hari ini.
A
A
A

BUTTERWORTH - Co-opbank Pertama (CBP) bakal memperkenalkan program perumahan atau pinjaman bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini terutama golongan B40 memiliki rumah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nor Abd Razak berkata, skim terbaharu bakal diperkenalkan pertengahan Oktober ini akan mendapat kolaborasi bersama sebuah organisasi bertujuan memberikan kemudahan pemilikan rumah kepada golongan sasaran itu.

Katanya, pihak CBP membangunkan skim khusus itu menerusi kaedah pengumpulan maklumat mengikut kesesuaian supaya menepati senario perumahan di negara ini.

“CBP akan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan entiti organisasi dinyatakan bagi meninjau kaedah pembiayaan perumahan untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan sasaran.

“Skim perumahan bagi golongan B40 ini akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan dengan harapan ia dapat meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri kepada Pemenang Kempen Money for Money (#M4M), Clarence Tami di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusinya, Kamari Zaman Juhari; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, Nor Hidayah Omar dan Anggota Lembaga Koperasi, Mohd Shapie Idris dan Datin Seri Paduka Dr Jamilah Din.

Sementera itu, Kamari Zaman berkata, kempen itu memberi peluang kepada pelanggan menyatukan syer komitmen kewangan di bawah pembiayaan peribadi CBP dengan kadar faedah serendah 3.9 peratus.

Artikel Berkaitan:

“Penyatuan komitmen ini dapat memberi kebebasan kewangan kepada pelanggan apabil komitmen disatukan dalam satu akaun pembiayaan,” katanya.

Kempen #M4M berlangsung selama enam bulan bermula 15 Ogos 2019 sehingga 15 Februari lalu.

Sepanjang tempoh kempen berkenaan, setiap pembiayaan persendirian yang diluluskan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah pangsapuri bernilai RM100,000; pakej umrah atau pelancongan dan telefon pintar.

Sementara itu, pengurus pembinaan dari Sabah, Clarence Timi, 46, berkata, kemenangan itu adalah hadiah sambutan kemerdekaan paling istimewa baginya.

Bapa tiga anak itu mula menjadi pelanggan CBP pada tahun lalu bagaimanapun masih terkejut selepas dinobatkan sebagai pemenang cabutan bertuah dan menerima rumah pangsapuri bernilai RM82,000.

“Saya memang tidak menjangkakan rezeki terpijak ini dan masih dalam perancangan untuk menjadikan rumah ini sebagai aset,” katanya.