Doktor didakwa lagi tipu pelaburan tidak wujud

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang doktor yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menipu didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan sama.

Bagaimanapun, Dr Mohd Rafi'uddin Hamidon, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali.

Dia didakwa memperdaya pengurus hartanah Rahmat Ramali, 32, membabitkan urusan pertukaran mata wang secara maya sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM43,000.

Dr Mohd Rafi'uddin dituduh melakukan perbuatan itu di Wisma Chubb, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang di sini pada 3.13 petang 16 April 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal meminta mahkamah memberikan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili tertuduh merayu jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menanggung keluarga termasuk ibu bapanya.

“Anak guam saya seorang doktor perubatan di sebuah klinik. Semalam anak guam saya dituduh di Mahkamah Seremban atas seksyen yang sama dan diberi jaminan.

Artikel Berkaitan:

“Saya mencadangkan jaminan RM3,000 serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor didakwa menipu pelaburan tidak wujud

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut semula 14 Oktober ini.

Semalam, Dr Mohd Rafi’uddin mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama melibatkan mangsa yang lain di Mahkamah Majistret Seremban dan dia dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. - Bernama