Lelaki mati tertimbus ketika mendulang bijih timah

tangan terkulai
tangan terkulai
A
A
A

TAIPING - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar untuk mendulang bijih timah sejak pagi semalam ditemukan mati tertimbus tanah di sebuah kebun di Batu 24, Batu Kurau dekat sini semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa, Mohd Zakaria Yahya, 48, ditemukan dalam keadaan membongkok dan tertimbus tanah pada kedalaman lima meter.

"Mangsa dilaporkan hilang ketika memasuki kebun dipercayai untuk melakukan kerja mendulang bijih timah sejak 7 pagi semalam dan keluarganya membuat laporan polis setelah lelaki itu tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam.

"Bomba yang menerima laporan pada jam 10.09 malam segera ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa termasuk menggali tanah menggunakan peralatan khas sebelum berjaya membawa keluar mangsa 40 minit kemudian," katanya di sini hari ini.

Petugas Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: