X

Kindly register in order to view this article
!

36 pulih, 10 kes baharu Covid-19

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 36 pesakit koronavirus (Covid -19) pulih dan 10 kes baharu positif virus itu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya meningkat kepada 9,030 kes bersamaan 97 peratus daripada keseluruhan kes.

Beliau berkata, daripada 10 kes baharu, dua merupakan kes penularan dalam negara yang melibatkan masing-masing seorang rakyat tempatan dan warga asing.

"Kes warganegara dikesan di Kedah dalam saringan bergejala manakala kes warga asing dikesan dalam saringan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil," katanya.

Beliau berkata, lapan kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Enam kes mendapat jangkitan dari India dan masing-masing satu dari Filipina dan Indonesia," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini lapan kes dirawat di unit rawatan rapi termasuk enam memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan dan sehingga kini jumlah kematian kekal 125 kes," katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya mengelakkan sebarang perhimpunan besar-besaran sempena cuti panjang hujung minggu ini

"Ikuti norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!