TH bayar zakat RM7.08 juta kepada LZNK

Sultan Sallehuddin (empat,kiri) menerima replika cek bayaran zakat daripada TH di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
Sultan Sallehuddin (empat,kiri) menerima replika cek bayaran zakat daripada TH di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM 7,082,402.81 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam satu majlis di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menerima bayaran Zakat TH daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.

Menurut Nik Mohd Hasyudeen, bayaran zakat bagi negeri Kedah meningkat sebanyak RM 6,843,903.51 berbanding tahun 2018.

“Setiap tahun TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah.

"TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh LZNK ke arah kemampanan program di Kedah bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf," katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH 2019 terus mencatatkan peningkatan di seluruh negeri iaitu sebanyak RM86,185,327.00 berbanding RM85.570,873.00 pada tahun 2018.

"Pada tahun ini, TH memperkasakan lagi tanggungjawabnya dengan pelaksanaan Program Zakat yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan melalui penganjuran program pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Inisiatif ini juga diharap memberi impak positif berganda kepada golongan asnaf," katanya.

Majlis yang berlangsung penuh dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim; Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Kutipan) LZNK, Mohd Sani Harun, dan Pengarah TH Negeri Kedah, Nawawi Ishak.

Artikel Berkaitan: