Kerajaan tidak mahu rakyat terus jadi penerima bantuan: TPM

Wan Azizah menandatangani plak perasmian.
Wan Azizah menandatangani plak perasmian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan pelbagai skim bantuan untuk golongan memerlukan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, bagaimanapun, kerajaan tidak mahu rakyat terus menjadi penerima bantuan, sebaliknya dibangunkan dan akhirnya berdikari.

Menurutnya, pelbagai inisiatif untuk membangunkan rakyat khususnya golongan wanita dirangka seperti program Keusahawanan Berasaskan Komuniti (CBE).

"Kita memberi kemahiran kepada wanita sehingga mereka bukan sahaja dapat beraktiviti, tapi akhirnya membantu kewangan keluarga dan keluar daripada kemiskinan.

"Ini bersesuaian dengan nama kita iaitu, Kementerian 'Pembangunan' Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di sini hari ini.

Wan Azizah berkata, terdapat juga pelbagai program lain dilaksanakan oleh agensi di bawah kementerian yang boleh membantu menjadikan rakyat lebih sejahtera.

Selain itu, beliau mahu pusat khidmat menjadi insitusi yang menghubung antara rakyat dan kerajaan tidak kira di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir ke majlis perasmian pusat khidmat tersebut bagi memenuhi agenda sepanjang lawatannya ke Johor hari ini.

Artikel Berkaitan: