Isteri peluk keranda suami tular

Dr Jenny memeluk keranda dan setia menemani suaminya yang juga seorang doktor meninggal dunia akibat Covid-19 tular di laman sosial.
Dr Jenny memeluk keranda dan setia menemani suaminya yang juga seorang doktor meninggal dunia akibat Covid-19 tular di laman sosial.
A
A
A

JAKARTA - Perkongsian gambar seorang wanita memeluk keranda suaminya yang meninggal dunia akibat wabak koronavirus (Covid-19) mengundang hiba warganet.

Mangsa Covid-19, Pengerusi Ikatan Doktor Indonesia Barat (IDI) Dr Titus Taba meninggal dunia semalam pada jam 4.20 petang selepas dirawat di Hospital Wahidin Sudirohusodo sejak 22 Ogos lalu, lapor Detik News.

Ketika Dr Titus disahkan positif Covid-19, isterinya, Dr Jenny, mengambil ujian swab Covid-19 dan juga disahkan positif kemudian menjalani pengasingan secara serentak.

Setelah kematian Dr Titus, isterinya setia menemaninya hingga gambarnya memeluk keranda seolah-olah tidak mahu berpisah dengan suaminya tular di laman sosial.

Dr Jenny, yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) tidak berganjak dari keranda hingga membuatkan ramai tersentuh hati dengan perjuangan dan kesetiaannya.

Paparan Twitter @aik_arif mencuri perhatian warganet.
Paparan Twitter @aik_arif mencuri perhatian warganet.

Pegawai Perhubungan Awam hospital, Dr Halik Malik memberitahu, gambar itu sempat dirakam oleh rakan sekerja Dr Jenny yang turut sedih di atas kematian doktor itu yang cukup berdedikasi menangani wabak Covid-19.

"Ya, gambar ini diambil oleh rakan sekerja di lokasi. Ramai mahu merakam momen itu kerana merasakan mereka telah kehilangan rakan yang baik," kata Dr Halik.

Artikel Berkaitan:

Semalam tular di laman sosial, posting pelayar Twitter dikenali @aik_arif mempersoalkan tindakan rakyat Indonesia yang mengambil mudah penularan wabak Covid-19 sehingga mengorbankan nyawa seorang doktor sekali gus jumlah kematian doktor meningkat kepada 94 orang.