Rusia siar dokumentari ujian bom termonuklear terbesar

Letupan sebuah bom termonuklear yang terbesar sekali dikenali sebagai 'Bom Tsar' di Laut Artik pada tahun 1961. - YouTube/Rosatom
Letupan sebuah bom termonuklear yang terbesar sekali dikenali sebagai 'Bom Tsar' di Laut Artik pada tahun 1961. - YouTube/Rosatom
A
A
A

MOSCOW - Sebelum ini penduduk dunia digemparkan dengan letupan 2,750 ammonium nitrat di pelabuhan Beirut, Lubnan sehingga mengakibatkan kematian lebih 150 orang dan kira-kira 300,000 orang hilang tempat tinggal pada awal Ogos lalu.

Bagaimanapun, sebuah dokumentari terbaharu daripada sebuah agensi bom atom Rusia menyiarkan imej letupan bom termonuklear yang terbesar sekali dikenali sebagai 'Bom Tsar'.

Menurut portal majalah Popular Mechanics pada 29 Ogos lalu, Kesatuan Soviet yang empayarnya berakhir pada tahun 1991 dan kini dikenali sebagai Rusia menguji bom tersebut pada tahun 1961.

Letupan itu sangat kuat sehingga sebahagian orang dapat melihatnya dari jarak 1,013.89 kilometer.

Menurut portal The Drive, bom itu mempunyai namanya yang tersendiri dikenali sebagai Ivan dan digugurkan dari sebuah pesawat oleh Kesatuan Soviet di Laut Artik pada 30 Oktober 1961.

Imej itu disiarkan sempena ulang tahun ke-75 industri nuklear Rusia walaupun bom termonuklear tersebut dikenali sebagai senjata hari kiamat.

Pada 20 Ogos lalu, Perbadanan Tenaga Atom Negeri Rosatom mengeluarkan dokumentari selama 30 minit di saluran YouTube sekali gus menunjukkan ujian tersebut.

Pesawat yang digunakan untuk menggugurkan bom itu ialah Tu-95V.

Artikel Berkaitan:

Ia dipercayai mempunyai kekuatan sehingga 3,333 kali berbanding bom atom Hiroshima di Jepun.