Kelantan kumpul dana bantu mangsa letupan Beirut

Sebahagian pemimpin kerajaan negeri Kelantan dan wakil rakyat yang turut sama menyumbang kepada dana meringankan beban mangsa letupan Beirut di Lubnan.
Sebahagian pemimpin kerajaan negeri Kelantan dan wakil rakyat yang turut sama menyumbang kepada dana meringankan beban mangsa letupan Beirut di Lubnan.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengajak rakyat di negeri ini untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan wang tunai bagi membantu mangsa tragedi letupan Beirut di Lubnan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Sekretariat Malaysia Aid4Labenon mensasarkan sebanyak RM300,000 dapat dikumpulkan dalam masa dua minggu di Kelantan sebelum diserahkan kepada kerajaan untuk membantu mangsa di Beirut.

“Sempena Majlis Penerangan, Solat Hajat dan Kutipan Dana Kemanusiaan Letupan Lubnan 2020 ini, lebih RM60,000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan pemimpin kerajaan negeri dan wakil rakyat.

“Kita mengharapkan lebih ramai lagi yang dapat tampil membantu misi menghantar bantuan ini kerana di sana terdapat ramai mangsa yang amat memerlukan sumbangan,” katanya kepada media pada Majlis Penerangan, Solat Hajat dan Kutipan Dana Kemanusiaan Letupan Lubnan 2020 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan semalam.

Wakil kepada Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud (kanan) menyerahkan sumbangan bagi membantu mangka letupan Beirut di Lubnan kepada Mohd Amar.
Wakil kepada Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud (kanan) menyerahkan sumbangan bagi membantu mangka letupan Beirut di Lubnan kepada Mohd Amar.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub; Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengerusi PASRelief, Mohd Husni Mat Piah.

Program solat hajat disertai lebih 200 jemaah itu turut dihadiri Pengarah Kelantan Aid4Labenon, Wan Sharafi Wan Mustafa yang juga Presiden Pertubuhan Cakna Palestin.

Untuk tujuan sama, Kerajaan Kelantan menyerahkan dana berjumlah RM10,000, manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob turut memberikan sumbangan peribadi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Wan Sharafi berkata, Pertubuhan Cakna Palestin merupakan salah satu badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang bergabung untuk mengumpul dana selepas tragedi letupan Beirut berlaku.

Katanya, usaha yang dilakukan telah mendapat kebenaran daripada kerajaan melalui Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Cakna Palestin merupakan satu-satunya pertubuhan di Kelantan yang diamanahkan untuk membuat kutip dana tersebut untuk Lubnan,” katanya.

Katanya. orang ramai boleh sama-sama membantu dengan menyalurkan sumbangan menerusi Maybank Malaysia Berhad atas nama Cakna Palestin bernombor 553038033881.