Ambulans mainan jadi 'penyelamat'

Josh menjadi hero menyelamatkan ibunya. - Foto Metro
Josh menjadi hero menyelamatkan ibunya. - Foto Metro
A
A
A

TELFORD - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun bertindak pantas menyelamatkan nyawa ibunya dengan menghubungi nombor telefon kecemasan 112 yang tertera pada sebuah ambulans mainan bagi mendapatkan bantuan.

Josh Chapman mendapati ibunya, Caroline, terbaring tidak sedarkan diri di lantai, kemudian mengambil ambulans mainan untuk melihat nombor kecemasan yang perlu dihubungi, lapor Metro.

Nombor itu adalah talian kecemasan yang sama fungsi dengan nombor 999 dan ternyata usaha Josh berhasil.

Ambulans mainan milik Josh. - Foto Metro
Ambulans mainan milik Josh. - Foto Metro

Josh dapat menghubungi operator dan memberitahu ibunya tidak sihat dan mereka memerlukan bantuan.

Pegawai yang bertugas kemudian bergegas ke rumahnya di Telford, Shropshire untuk merawat ibunya.

Caroline pengsan kerana penyakit diabetes dan perlu dirawat dengan segera sebelum dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, Komander polis Telford, Superintendan Jim Baker berkata, pihaknya berasa kagum dengan tindakan pantas Josh dan dianggap sebagai hero kerana berjaya menyelamatkan ibunya.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah perkara luar biasa untuk dilakukan kanak-kanak berusia 5 tahun tetapi Josh berjaya lakukannya.

"Dia sangat bijak, berani dan cepat bertindak dengan mencari nombor kecemasan pada ambulans mainannya. Ambulans itu bukan sekadar mainan semata tetapi membantu kanak-kanak ini," katanya.