Jawi saran masjid, surau Jumaat adakan solat hajat

Mohd Ajib Ismail
Mohd Ajib Ismail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masjid dan surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan disarankan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat pada hari ini, 4 dan 11 September sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut menggesa umat Islam untuk turut menunaikan solat hajat dan memperbanyakkan doa bagi memohon perlindungan Ilahi.

"Solat hajat ini juga bagi memohon agar Allah SWT melimpahkan keamanan dan kemakmuran berpanjangan kepada Malaysia serta memelihara negara daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Zahirkanlah rasa kesyukuran kita semua dengan mengekalkan keharmonian, kesepaduan dan keprihatinan dalam kehidupan bermasyarakat," katanya hari ini.

Artikel Berkaitan: