X

Kindly register in order to view this article
!

SUK Perak nafi edar surat dapat Datuk

Surat palsu yang tular dikaitkan dengan Pejabat SUK Perak.
A
A

TANJUNG MALIM - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak menafikan kandungan surat yang tular berkenaan Pengurniaan Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Perak Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-63 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, surat palsu tersebut kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak.

Menurutnya, dalam surat tersebut memaklumkan bahawa penerima surat tersebut dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Perak yang membawa gelaran Datuk bersempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dikatakan akan diadakan pada 25 September 2020, bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

"Pejabat SUK Perak menegaskan bahawa surat yang sedang tular itu merupakan surat palsu dan pentadbiran ini menafikan sepenuhnya kandungan surat tersebut.

"Oleh yang demikian, satu laporan polis telah dibuat dan menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Pentadbiran ini turut menyeru agar mana-mana individu yang telah menerima surat berkenaan dapat tampil ke hadapan bagi membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam surat tular bertarikh 25 Ogos 2020 itu, individu yang menerima surat itu dimaklumkan menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Turut dinyatakan dalam surat tersebut adalah tarikh, masa dan lokasi pengurniaan darjah kebesaran itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!