PATI warga Indonesia sembunyi di kebun pisang ditahan

PPM menahan 11 pendatang haram termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang menyusup masuk ke daerah ini melalui perairan Tawau dan bersembunyi di sebuah kebun pisang di Kampung Tawau Lama di sini pagi tadi.

A
A
A

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 11 pendatang haram termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang menyusup masuk ke daerah ini melalui perairan Tawau dan bersembunyi di sebuah kebun pisang di Kampung Tawau Lama di sini pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, lapan lelaki, dua wanita dan kanak-kanak itu yang berumur antara dua hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan Ops Gelora Khas pada 5.30 pagi.

"Kumpulan pendatang warga Indonesia itu benar-benar terkejut dengan serbuan pihak berkuasa di tempat persembunyian itu. Mereka ini disyaki baru sahaja tiba di kawasan berkenaan dan sedang menunggu pengangkutan untuk ke lokasi masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua mereka dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut.
Kesemua mereka dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati 10 individu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi memiliki pasport, dan kesemua mereka kemudiannya dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau meminta komuniti maritim menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-2831197.- Bernama

Artikel Berkaitan: