'Terima kasih pada yang mendoakan nenek saya'

Kisah Rahman dimuat naik di Facebook Dakwah Tabligh hingga menarik perhatian ramai dan maklum balas Rahman mengenai kisahnya yang tular di laman sosial.
Kisah Rahman dimuat naik di Facebook Dakwah Tabligh hingga menarik perhatian ramai dan maklum balas Rahman mengenai kisahnya yang tular di laman sosial.
A
A
A

ROMPIN - Terima kasih pada yang mendoakan nenek saya... berkat doa anda semua Alhamdulillah nenek saya dalam keadaan baik... semoga ALLAH sahaja dapat balas jasa budi baik tuan puan semua," demikian luahan Rahman Hashim terhadap warganet yang mendoakan kesejahteraan neneknya.

Rahman berkata demikian ketika mengulas kisahnya yang tular di laman sosial setelah dimuat naik di Facebook Dakwah Tabligh mengenai tindakannya mendukung nenek ke klinik kerana dipercayai mengalami masalah tulang belakang.

Menerusi posting Facebook Dakwah Tabligh, seorang doktor meluahkan rasa terkejut setelah melihat cucu mendukung nenek berusia 94 tahun masuk ke dalam klinik.

Difahamkan wanita berkenaan terlantar sakit hinggakan cucunya, Rahman menguruskan segala urusan pesakit termasuklah memandikan.

Rahman juga memberitahu kedua ibu bapanya tidak mampu menjaga neneknya kerana keuzuran.

Sementara itu, perkongsian tersebut menyentuh hati warganet yang tidak jemu mendoakan warga emas itu pulih seperti sedia kala dan berasa kagum dengan kecekalan Rahman.

"Masya-ALLAH, segalanya dengan izin ALLAH. Rezeki tuan ni, moga ALLAH muliakan tuan di dunia dan akhirat. Banyak bersabar. Hanya yang menghadapinya faham dengan dugaan ini," kata Shaharin Ishak.

Kata Nurul Hidayah, "Moga ALLAH susunkan kehidupan yang lebih mudah, mendapat keberkatan dunia dan akhirat, diganjarkan syurga buat adik. Doakan anak-anak keturunan kami semua berhati mulia saling menyantuni orang-orang tua."

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, atas keprihatinan, warganet menawarkan bantuan untuk mengubati penyakit warga emas tersebut selain ada juga mahu menyumbang kewangan buat mereka.

Sehingga kini, posting berkenaan meraih lebih 15,000 tanda suka dan lebih 4,800 perkongsian daripada warganet sejak semalam.

Doktor terkejut bila seorg cucu dukung toknya umur 94 tahun masuk bilik consultant doktor. "Doktor tok patah tulang...

Posted by Dakwah Tabligh on Tuesday, August 25, 2020