Jadi anak soleh pejuang agama ALLAH: Putra Amaris

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Putra Amaris yang kini telah bergelar bapa. Isterinya Nur Syazwani Alias telah selamat melahirkan bayi sulung mereka.

Melalui coretan kedua pasangan ini, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 20 November lalu.

Tulis Amaris di Instagramnya:-

"Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Syukur alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby boy pada 20/11/2018. Mohon doa dari kalian anak kami membesar dengan sihat, kuat, dan menjadi anak yang soleh pejuang agama ALLAH, insyALLAH.

Setakat ini nama bagi anak lelaki yang comel ini masih belum dimaklumkan cuma diletakkan tanda pagar #babyputra#anaksolehibudaddy

Artikel Berkaitan: