50 pelajar tajaan Mara layak masuk ke universiti terbaik dunia

Azizah (tengah) menyantuni pelajar cemerlang yang menerima tawaran WTU di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.
Azizah (tengah) menyantuni pelajar cemerlang yang menerima tawaran WTU di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) meraikan 50 pelajar yang layak diterima masuk ke 30 universiti terbaik dunia pada tahun ini yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.

Pengerusinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pelajar yang layak dipilih berdasarkan QS ranking di mana mereka akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang dari peringkat ijazah pertama sehingga ke peringkat kedoktoran/doktor falsafah (PHD).

“Program Universiti Terbaik Dunia (WTU) merupakan penajaan pelajaran Mara yang memberi peluang kepada pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam dan luar negara.

“Sejak diperkenalkan tahun lalu, seramai 31 orang pelajar telah mengikuti pengajian di bawah program ini.

“Mara telah melaksanakan program penganjuran pelajaran sejak tahun 1966 dan hingga kini telah menaja seramai 1.35 juta orang pelajar dalam dan luar negara,” katanya.

Menurut Azizah, pada tahun ini kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi tujuan program penganjuran pelajaran yang dijangka memberi manfaat kepada 50,000 orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian.

Azizah (tiga dari kanan) menyampaikan surat tawaran WTU kepada salah seorang pelajar pada majlis yang berlangsung sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.
Azizah (tiga dari kanan) menyampaikan surat tawaran WTU kepada salah seorang pelajar pada majlis yang berlangsung sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Selain daripada program WTU, Mara turut menawarkan pelbagai program lain di bawah Bahagian Penganjuran Pelajaran seperti Young Talent Programme (YTP), Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP), IPMA Excellent Student Programme (IESP), Graduate Excellent Programme (GrEP), Professional Development Programme (Pro-P), Talent Development Programme (TDP), Mara Apperenticeship Programme (MAP), Mara Education Sponsorship Hybrid Programme (MESH) dan Advance Sponsorship Education Programme (A-SEP).

Artikel Berkaitan:

“Pihak Mara sentiasa memberi dan membuka peluang kepada pelajar bumiputera yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di universiti terbaik dunia.

“Pendedahan kepada persekitaran yang kondusif akan melahirkan pelajar yang mampu bersaing sekali gus mewujudkan jaringan antarabangsa,” katanya.