Muktamar Pas ke-66 disiar secara dalam talian

Mohd Amar (tengah) menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan kepada Mohd Syafiq Mohamad Fadeli di Hotel Perdana hari ini.
Mohd Amar (tengah) menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan kepada Mohd Syafiq Mohamad Fadeli di Hotel Perdana hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Muktamar Pas ke-66 yang berlangsung pada 13 September ini akan disiarkan secara langsung dalam media sosial bagi membolehkan seluruh ahli parti itu mengikutinya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, inisiatif itu diambil memandangkan hanya 300 perwakilan yang dibenarkan hadir pada muktamar berkenaan.

Menurutnya, pada muktamar itu hanya Yang Dipertua Pas Kawasan perlu hadir manakala perwakilan biasa boleh mengikutinya melalui medium siaran langsung yang akan dimaklumkan nanti.

"Sebelum ini 1,200 peserta hadir muktamar tapi kali ini jumlah tersebut berkurang dan tidak lebih daripada 300 orang. Untuk perwakilan dari luar Kelantan pula hanya Yang Dipertua Pas Kawasan dijemput.

"Bagaimanapun, memandangkan kali ini muktamar di Kelantan, maka kita benarkan empat orang perwakilan untuk hadir, tapi jumlah tidak ramailah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan di Hotel Perdana di sini.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Wan Roslan Wan Hamat.

Mengulas lanjut beliau berkata, untuk muktamar kali ini juga tiada pemerhati dan tiada gerai jualan yang sebelum ini dibuka di kawasan pekarangan luar bangunan Pusat Tarbiah Pas Kelantan (Putik) itu.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, pihaknya bercadang untuk buat seringkas yang mungkin namun bagaimanapun tetap perlu mematuhi keperluan perlembagaan.

Muktamar kali ini juga diadakan genap setahun usia Muafakat Nasional selepas dimeterai pada 14 September tahun lalu.